Perlukan Website?

Buat Website dengan harga RM300 sahaja (no hidden cost)

 

Apa yang anda dapat?

 

1) M Three Wealth Consultant

2) Azie Beauty Saloon

3) Kid Network - Design by Kid Network

4) Elspade

5) Kittis FM

6) My Tuition A+

 

Contoh Website yang lain (lain harga)

 

-------------------------------------------------------------------

Hubungi kami

Boleh menempah dengan menghubungi kami di:

Name: Adslah Trading (002379314-U)

Address: Nilai, Negeri Sembilan

Emailadmin@adslah.com / latizarah@gmail.com

atau hantar email di sini adslah

-------------------------------------------------------------------

 

SOALAN YANG SERING DI TANYA - ADSLAH.COM


1. Apakah yang boleh website lakukan untuk saya?

Tidak ada jawapan yang tepat untuk soalan ini. Ada beratus sebab kenapa kita perlu mempunyai website.

Pertama, laman web boleh mencapai berjuta-juta orang yang mungkin tidak boleh didapati. Kedua, pelanggan boleh melihat produk, perkhidmatan atau apa sahaja yang anda ingin berkongsi dari hanya rumah mereka sendiri. Tidak kira bagaimana perniagaan anda berada, dengan website, ia akan mudah berkembang.

 

2. Apakah faedah-faedah daripada laman web?

Laman web bertindak sebagai alat promosi yang membantu anda untuk mempromosikan perniagaan anda di khalayak global. Ia juga membantu dalam mewujudkan identity jenama anda. Anda akan menjadi lebih berdaya saing kerana kebanyakan perniagaan akan mempunyai laman web sendiri dan anda tidak akan ketinggalan.

 

3. Bagaimana dengan harga untuk mendapatkan rekabentuk yang baik?

Ini adalah soalan yang sering di tanya oleh pelanggan. Soalan ini sebenarnya sukar untuk dijawab. Walaupun kami telah pun menyediakan pakej-pakej kami, kami percaya bahawa setiap pelanggan mempunyai keperluan yang berbeza. Tetapi kami percaya, pelanggan akan berpuas hati dengan reka bentuk laman web kami.

 

4. Kesan dari rekabentuk yang kurang menarik

Laman web dengan fungsi yang buruk boleh menyebabkan pengunjung berasa kecewa. Ia akan menyebabkan pengunjung tidak akan datang semula ke lawan web anda. Link yang rosak, gambar tidak dipaparkan dengan baik, isi borang informasi tetapi tidak dapat disampaikan, tiada butang kembali dan pelbagai lagi. Kebanyakan pengunjung mahu cepat dan ianya mudah digunakan.

 

5. Berapakah Kemungkinan harga untuk membuat website?

Sebenarnya, kos untuk membuat website adalah sangat mahal, ia bergantung kepada berapa besar (muka surat) website yang pelanggan inginkan. Pakej kami bagus untuk pelanggan yang tidak mahu mengeluarkan belanja yang besar dan kami tahu, kebanyakan pelanggan tidak tahu apa yang patut dibuat pada laman web ini. Di mana sahaja harga yang murah untuk mendapatkan sebuah laman web, pasti mempunyai sistem keselamatan yang kurang baik.

 

6. Berapakah tempoh masa diambil untuk menyiapkan satu projek?

Jika anda memilih pakej yang paling murah, masa yang diambil adalah 7 hari. Untuk pakej advanced dan premium, masa yang diambil adalah lebih 7 hari. Ia juga bergantung kepada ketepatan dan berapa banyak info dan maklumat yang diberikan.

 

7. Adakah pelanggan perlu menyediakan Domain dan Hosting?

Tidak, kami akan menyediakn domain dan hosting untuk anda, semuanya telah pun dibentangkan di pakej kami. Pendaftaran untuk doman dan hosting kami yang lakukan. Setiap pelanggan kami, kami akan sediakan untuk tahun yang pertama sahaja. Tahun berikutnya adalah dibayar oleh pelanggan sendiri. Notis akan dihantar sekiranya domain dan hosting pelanggan hampir luput tarikhnya. Hanya RM50 untuk setahun.

 

8. Adakah website pelanggan boleh dilayari di telefon?

Ya. Semua rekabentuk kami boleh dilayari di telefon dan ianya sangat mudah untuk anda kendalikannya. Anda tidak akan mendapatkan harga yang murah sekiranya anda mahu ia juga boleh dilayari di telefon.

 

9. Adakah website adslah sesuai dengan semua browser/layar

Tidak, rekabentuk website kami hanya bagus untuk Google Chrome dan Mozilla Firefox sahaja kerana penggunaan ke dua-dua browser ini adalah kadar yang paling tinggi di kalangan pengguna internet.

 

10. Adakah Adslah membuat laman web untuk eCommerce / jual beli?

Tidak.

 

11. Bolehkan pelanggan menambah atau menukar isi kandungan dengan sendiri?

Boleh sekiranya anda betul-betul paham dengan penggunaan Kod HTML dan CSS. Tetapi untuk mengelak daripada ianya rosak atau crash, biar kami sahajalah yang lakukan. Hanya perlu email kami apa yang ingin tambah atau tukar. Ia akan dilakukan dengan segera.

 

12. Adakah ada kos tambahan untuk penambahan atau pertukaran isi kandungan?

Kami hanya mengenakan kos untuk halaman yang baru. Perubahan untuk halaman yang sedia ada tidak akan dikenakan cas

 

13. Bolehkah Adslah membantu pelanggan dengan Pemasaran Media Sosial? (Facebook/Twitter/Etc)

Pakej yang kami tawarkan sudah terlalu murah. Boleh berbincang dengan kami dahulu sekiranya pelanggan inginkannya.

 

14. Apakah itu Search Engine Optimisation (SEO)?

SEO adalah semua tentang mendapatkan laman web anda lebih tinggi dalam keputusan carian di enjin carian seperti Google. Terdapat banyak aspek untuk mendapatkan SEO yang baik, contoh pertama adalah dari segi isi kandungan yang disampaikan. Pakej yang disediakan adalah sangat murah kerana kami juga membantu anda serba sedikit untuk sistem SEO ini.

 

15. Adakah Adslah yang menulis isi kandungan?

Semua bahan hendaklah disediakan oleh pelanggan. Kami tidak mahu sebarang isi kandungan yang dimasukkan ke dalam laman web bukan dari pelanggan sendiri. Sebarang maklumat yang ingin ditiru hendaklah mendapatkan kebenaran tuannya dahulu.

 

16. Bolehkah Adslah membuatkan LOGO atau Banner pelanggan?

Kami hanya memberi tumpuan kepada apa yang kami bagus. Walau bagaimanapun, jika pelanggan memerlukan seseorang untuk mencipta logo atau banner, kami mempunyai hubungan dengan beberapa pereka grafik yang pakar dalam logo dan penjenamaan.

 

17. Apa itu Domain name?

Ia adalah alamat di dalam dunia internet. Biasanya ia adalah seperti adslah.com, nanomalaysia.com, mudah.my

 

18. Apa itu Hosting

Web hosting adalah perkhidmatan yang membolehkan laman web anda untuk dilihat di Internet.

 

19. Adakah sumber anda datang daripada luar?

Untuk mendapatkan kualiti yang baik, sememangnya kami menggunakan sumber dari luar.

 

20. Adakah terdapat kos tersembunyi / hidden kos?

Jika pelanggan mahu membuat halaman yang baru, cas akan dikenakan berdasarkan isi kandungan. Halaman baru bergantung kepada pakej yang pelanggan pilih. Halaman sedia ada tidak akan dikenakan cas untuk sesi penambahan atau pertukaran. Domain dan hosting adalah percuma dari semua pakej kami untuk tahun yang pertama. Tahun berikutnya akan dibayar oleh pemiliknya sendiri, RM50 sahaja untuk domain dan hosting setahun. Ia sudah terlalu murah untuk kami menawarkan harga seperti ini.

 

TERMA DAN SYARAT

 

1. Terma dan Syarat

Ini adalah terma dan syarat untuk Rekabentuk Laman Web yang dijalankan oleh adslah.com untuk pelanggan.

 

2. Bayaran Deposit

Deposit RM50, baki dibayar selepas siap projek siap. Setelah habis dibayar, barulah website akan online.

 

3. Bahan-bahan

Pelanggan mesti menyediakan semua bahan-bahan dan maklumat yang diperlukan oleh kami untuk menyiapkan kerja. Bahan-bahan tersebut adalah termasuk gambar, Salinan bertulis, logo dan bahan cetakan yang lain. Jika bahan yang diberikan terlalu lambat, maka kami tidak boleh menyiapkan kerja kami dengan cepat.

 

4. Perubahan

Kami gembira untuk menawarkan kepada pelanggan untuk membuat semakan tentang rekabentuk web yang kami sediakan. Bagaimanapun, kami berhak untuk menghadkan bilangan cadangan reka bentuk yang pelanggan sediakan.

 

5. Kelewatan Projek

Apa-apa tempoh masa atau anggaran yang kami berikan adalah bergantung kepada kerjasama penuh dan kandungan yang lengkap.

 

6. Kelulusan Kerja

Selepas rekabentuk telah disiapkan, pelanggan haruslah meniliti rekabentuk kami, kami tidak mahu selepas isi kandungan di masukkan, pelanggan tidak bersetuju dengan hasil kerja kami.

 

7. Pembayaran

Setelah kerja kami siap, invois akan diberikan dan pembayaran penuh akan dibuat. Laman web pelanggan akan dilancarkan ke dunia website.

 

-------------------------------------------------------------------

Hubungi kami

Boleh menempah dengan menghubungi kami di:

NameAdslah Trading (002379314-U)

Address: Nilai, Negeri Sembilan

Emailadmin@adslah.com / latizarah@gmail.com

atau hantar email di sini adslah

-------------------------------------------------------------------